May 29, 2011

Responsibility VS Suju M



VS



Assalammualaikum.
Semalam da abes Sambutan Hari Sejuta Belia kat Putrajaya. Ada yang p tak? Aku ingatkan ramai yang nak boikot sebab aku dengar jugak suara2 sumbang yang pandai cakap ja lebih tu kan. Tengok2, memang beribu2 kot yang berkumpul kat sana. Yup, aku mengaku motif utama aku p, sbb Suju M. Tapi bila aku ingat balik pasal kejadian2 malam tu, memang banyakk sangat pengajaran n pengalaman baru yang aku dapat. ^^

Kami sampai kat Putrajaya dalam pukul 1.00 petang kot. Lepas lunch apa semua, kami pun start la menjelajah booth2 yang ada. Memang banyak sangat aktiviti sampai aku pun pening tengok. Hoho. Target utama kami, tentula mainstage untuk performance malam tu. Sampai ja kat situ, dah penuh dah ELF kat depan n tepi stage. 'Ah, kami lambat'. So target kami untuk dapatkan tempat betul2 depan stage, x kesampaian. *Huhu

Tapi tempat kami x ada la belakang sangat. Boleh dikategorikan sebagai depan stage jugak la. Ada dua orang depan aku. Cuaca yang sekejap panas terik, sekejap hujan renyai buat aku jadi pening lalat. Emcee dah announced yang Suju M akan datang dalam pukul 5.30 petang untuk rehearsal. Semangat la dak2 ni jerit kan. Aku tengok jam. 3.30. Orang da semakin ramai belakang aku. Aku tengok jam lagi. 4.15. Nafas aku dah macam apa ja. Ter-jingkit2 aku sebab cari oksigen. Mata aku da jadi kelam. Telinga aku pun jadi bengang. Terus aku duduk kat situ. Bersilat la kwn2 aku kipas aku. Pastu aku bgn balik. N aku rasa mcm dah x boleh bernyawa. So, aku give up. 'Goodbye Suju M. Aku x leh tgk hampa dekat2 dah mcm seblum2 ni' tsk2.

Baru aku sedar betapa tuanya aku ni. Aku cakap kat kwn2 aku yang aku nak keluar dr crowd. Tgk2 kwn-merangkap-tunang aku pun nak ikut. So mnyelit2 la kami keluar dari tempat tu. Sampai ja kat tempat lapang, baru aku rasa boleh bnafas. Lepas beli air mineral n rasa normal, aku dengar dak2 ni jerit. Aku x leh duduk ja. Kena cari gak kat mana puncanya. Skodeng punya skodeng, aku sampai kat tepi backstage. Nah, depan mata aku si Henry lalu. Tkejut aku. Terus aku lambai2 tgn kat kwn aku n kami pun stay ja kat situ. Luckily x ramai org langsung. X sampai sepuluh orang pun. Kat situ la aku berjaya face to face dengan Kyuhyun, Eunhyuk, Sungmin, Henry, Ryeowook n Zhoumi, dalam jarak yang x sampai 7 meter. ^^ *Cik Kuda n Cik Yat sila jangan jeles~~

Ok bosan kot. Apa yg bes sgt dgn Suju M tu kan. *bes ok??? kalau x suka, diam* So mlm tu, knsert start dlm pukul 8 malam. N Suju M pukul 10 mlm. Wat de heck?? 10 mlm?? X lambat pun la kan ~.~ So aku n kwn aku awal2 lagi dah dok depan skrin besar yg disediakan sbb da give up dengan kehidupan depan pentas. Ahha. Cuma perasaan dia lain la, tgk kat skrin sama ja mcm tgk kat youtube ~.~ *huk2.

Dalam 5 minit lagi nak mula konsert Suju M tu, tiba2 ada bunyi bising dari belakang kami. Tengok2 ada sorang budak kena sawan tarik. Aku pandang depan balik. Aku tgk skrin, n dgr org bising2 lagi kat belakang. Serius, aku serba salah. Nak tlg ka x? Nnt Suju keluaq cmna? Cmna kalau x sempat tgk Suju? Tp cmna kalau jd apa2 kat dak tu? Finally aku n kwn aku bgn n tlg mana yg mampu. Seriusli, mulut budak tu da jd warna biru. Aku try pegang dada dia, still ada heartbeat, cuma nafas dia ja jadi perlahan sangat, n mata dia terbukak tapi x ada respons. Allah ja yg tau betapa ketaqnya aku time tu. Salah depa, lambat sgt panggil ambulans. Sampai sorang akak yg btugas ni pun da jd panik. Alhamdulillah ambulans sampai jugak akhirnya. Lepas dah transfer dak tu ke dlm ambulans, dak tu da sedar n cari mak dia. Fuh.. lega.

Aku duduk balik kat tempat aku. Mata aku da berair. Baru ja aku nak feeling n sedar tentang besarnya tanggungjawab seorg nurse, Suju M muncul atas pentas. ~.~ Terus kami jadi teruja, huhu.Salah timing la tu. Sebab khusyuk sangat merakam n menyorak, kami x sedar pun ada lagi sorang dak kena sawan tarik. Kami perasan time depa nak wak msuk dak tu dlm ambulans. Terus aku terfikir. Apa la motif mak ayah nak bawak anak2 kat tempat yang panas, crowded sgt2 n knfem la bising dgn dentuman muzik. Cmna la anak tu x terkejut. Ada yang rilek ja dok usung2 baby tepi speaker. Tanpa rasa bersalah. Adoi.

Disebabkan aku da biasa jadi teruja, so aku pun men sorak ja la kat Suju M. Seriusli, aku sorang ja ~.~ Adik2 yg kat depan dok usha aku pelik dah. Ada sorang adik ni, setiap kali aku sorak, mesti dia tgk aku..dgn.. muka.. x .. puas.. ati.. trus aku cakap 'Sori dik, akak da lama x jumpa artis Korea.' Wuhuhu. Sampai ati depa pandang serong kat aku T.T

Ok da abes dah. Kami overnight kat situ. P mkn char kuey teow, p tgk MU vs Barca. Ok tipu. Itu bosan. Hehe. Bla4 dlm pukul 10.30 pagi esok tu kami bertolak balik umah. Penat tapi bes. Bes. Dan bes. Semua ttidoq dlm bas, n nasib bek K.Wa gerak aku time da sampai umah. Aku singgah ATM sat untuk topup sbb kedit da ekspayed. Aku jalan masuk Summit dgn muka mamai. Tekan punya tekan, dengan konfiden n mnguap, aku ambik slip. Slow2 jalan keluaq Summit smbil topup enset aku. Pas ok, aku dpt mesej 'Baki kredit anda RM 54.30 bla3' Wat????!! How can jadi RM50 lebih?? Aku bukak balik slip topup tadi, aku tgk jumlah topup dia. RM50. (T.T) *angin menderu2* Nila kali pertama n terakhir aku beli topup smpai mcm ni. Ini adalah sgt membazir bg org yg x dak bf mcm aku. Sgt3333 membazir~~~~ Tolongg~~~

Pengajaran yg aku dapat untuk dua hari ni ialah ;

1) Jangan bawak anak kecik ke konsert. Sebab boleh jadi sawan sebab kurang oksigen n potensi untuk gegendang telinga pecah adalah sgt tinggi. *aku rasa la, sbb mmg muzik dia kuat sgt*

2) Sebagai student nurse, pastikan anda study betul2, praktikkan betul2 and x tido dalam kelas sbb bila bhadapan dgn situasi kecemasan, anda dapat selamatkan mangsa yang terlibat dgn yakin n dapat selamatkan mangsa. Perasaan dapat selamatkan mangsa dalam situasi kecemasan, sukar digambarkan :)


3) Kalau plan nak overnight kat luar, pastikan anda plan betul2 kalau x mau rasa tidur anda diganggu. Ehm.


4) JANGAN gedik nak p ATM time mengantuk, sebab kalau ada apa2 kesilapan yg berlaku, boleh menyebabkan anda sakit hati dgn sgt teruk sekali.
Terima kasih :)

P/s : Aku dengaq ada artis Malaysia yg x puas ati dgn pihak pengurusan sebab lebihkan artis Korea. Err.. err.. X mau komen la. Aku sayang Malaysia + artis Korea = ok aku diam.

No comments: