Oct 17, 2010

Muhammad Shahir bin Mohd Yunus


Aku sampai rumah, terus tanya kat mak aku, mana adik. Mak cakap adik ada kat dapur, tgh makan. Aku kelam-kabut pergi dapur. Alhamdulillah, aku nampak adik tengah makan sorang2.. aku terus pergi kat adik.. “ adik, sedap tak nasi tu? “ adik tgk aku.. dia hanya tersenyum. Aku hampir terlupa yg adik sudah x boleh bercakap, tanda penyakitnya sudah sampai ke tahap akhir. Aku membalas senyumannya. Aku lapkan mulutnya, membersihkan sisa-sisa nasi di hujung bibirnya.. usai aku lap mulutnya, dia terus peluk aku, dan cium pipi aku. Ya Allah, baunya amat harum sekali. Aku terharu. Dia senyum lagi. Amat indah. Terima kasih ya Allah kerana memberi aku peluang ini. Aku mengeluarkan telefonku, dan menangkap gambarnya. Adik kelihatan sangat ceria, walaupun suaranya sudah tak keluar, aku tahu dia rasa sangat gembira. Aku juga tangkap gambar kami berdua. Ya Allah, tak pernah aku rasa gembira dan puas hati mcm ni. Selepas tu, aku masuk bilik dan membersihkan diri. Bila aku keluar, aku tengok abang sedang bergurau dengan adik. Tapi , sampai satu tahap, abang terlebih bergurau sehingga adik menangis. Aku marah abang. Aku peluk adik. Adik tolak aku. Adik ambil pen dan kertas. Adik tulis. ‘Adik tahu hayat adik dah x lama. Sebab tu akak berpura-pura baik dengan adik kan? Adik dah nak pergi. Lepas adik dah tak ada, seronoklah akak n abang kan? Akak tak payah berpura-pura sayangkan adik. Terima kasih sebab bagi adik rasa kasih sayang seorang kakak n abg, walaupun seketika. Adik tetap sayangkan akak n abang.’ Aku tergamam. Adik , akak ikhlas sayangkan adik. Cuma selama ni akak tak berkesempatan nak tunjuk. Akak ego. Aku angkat muka aku sambil menahan tangis, dan aku lihat adik sudah tiada. Hilang. Aku cari di dalam bilik, di luar rumah. Tiada. Aku jerit sekuat hati. Adik!!! Akak sayangkan adik. Tolong balik semula. Akak minta maaf kalau selama ni akak tak pernah buat adik bahagia. Air mata aku mengalir tak berhenti-henti. Aku pasrah.

Aku buka mata. Aku kat atas katil. Aku lihat jam, 4.10 minit petang. Astaghfirullahhal’azim, aku terlelap rupanya. Aku rasa mataku basah. Bila aku teringat semula mimpi itu, air mataku mengalir semakin deras. Ya Allah.. betapa aku rindukan senyuman itu, wajah itu. Adikku sayang.. dengar kan akak… akak sayang adik sangat-sangat.. akak rindukan adik sangat2.. maafkan akak, adik.. maafkan akak.. walaupun dah 8 tahun adik tak ada, adik tetap hidup dalam hati kami sekeluarga. Ketahuilah yang kami sangat2 mencintaimu. Nantikan kami di sana.. insyaAllah kita dapat berjumpa.. amin..

Untuk kawan2 ku.. hargailah, sayangilah, cintailah keluarga kita, selagi mana mereka masih bernyawa. Arwah adik aku cuma sempat bernafas selama tujuh tahun sahaja, namun kehilangannya terlalu dirasa oleh aku, seorang kakak yang ego dan tak pernah bersungguh-sungguh membuktikan yang aku sayangkan arwah.. walaupun aku dah tahu yang hayat arwah sudah singkat.. aku yang bodoh. Masih jelas di fikiran aku, wajah arwah yang pucat, duduk di atas kerusi roda sambil menonton tv. Suara arwah dah hilang waktu itu.. tapi aku masih abaikan arwah. Aku buat tak tau ja.. ya Allah.. kesalnya aku tak terhingga. Walaupun sudah 8 tahun, aku masih ralat. Hanya al-Fatihah dan bacaan Yasin dapat aku sedekahkan, buat arwah yang semestinya tergolong dalam orang2 yg beriman. Terima kasih ya Allah. Memberi aku satu mimpi yang cukup bermakna. Yang mengingatkan aku supaya menyayangi orang di sekeliling.. semoga arwah adikku dan umat Islam yang lain tenang di sana. Amin. Al – Fatihah.


3 comments:

fahmi kadir said...

terharu... tulisan hg ni wat aku perlu juga jaga adik2 aku dgn baik2

aku_zuhai said...

sedih..
al fatihah...

Nur Liyana Mohd Yunus said...

fahmi - sayangilah depa slagi mampu weh :)

zuhai - al-fatihah