Feb 20, 2012

Penukaran IC.

Seriusly IC Spongebob lagi cun dari IC lama aku seriusly~~


Ok post ni x penting pun tapi aku nak tulis jugak~~ Akhirnya... hari ni aku bjaya tukaq IC aku~ Haha. Kepada Cik Hijrah, Cik Yat, Cik Princess, Cik Kuda, Cik Nyah smua, ucapkan selamat tinggal kepada IC lama aku yg hampa kutuk2 selama ni~ Lepas ni aku x kan jadi mangsa penghinaan dah kat mana2 cawangan bank mahupun pejabat pos. Cukuplah hampir 7 tahun aku digelak sinis dan dipandang hina oleh masyarakat sekeliling sebab mempunyai IC ibarat pendatang haram punya paras rupa. Tadi pun kena lagi dgn maklong n paklong kat JPN. Adoiyaii.. Padahal aku comey kot! Ok fitnah. X sabaq nak tgk IC baru esok~ Wee~ ^^ 


P/s : Kalau pas tukaq IC pun jadi mcm pendatang haram gak, aku pasrah. Mungkin aku kena p jadi warganegara Korea kot baru IC jadi comey. Heks! Ok thanks goodbye. Bye.

Feb 19, 2012

Up-dating a Thing

Lol it's been a while! ^^' I'm kind of updating  visiting my blog twice a year.. Ok so right now there's so much stuff that I'm thinking and I want to talk about. Since I already finished my 3 years studies, I'm having quite a lot of free time and yea I'll try to update this blog eventhough no one cares. (honestly I don't care, too) Today I finally realized how lousy DBSK's header up there ^ but I'm not in the mood to edit a new header yet. Soon maybe. 


Let me write about this 1st ; I'm going to Korea! Who's coming with me? ;) Thanks to Kak Ngah for inviting me. Without her I definitely can't go n got a greenlight from my dad~ I've been 'planning' this since I was 17 with my forever a loan alone friend, Yat. Who says we love Korea like main2? Who says we can't go? Who says you're not pretty  we 're such a pathetic Kpop lover? Nanananana~~ 


Here!! Here!!

Everyday we're talking about going here and there, but the itinerary is still not done.  Tsk. We do take a look at the samples and I hope everything is gonna be fine. My bro keep asking me to go to the park in one of the scene on City Hunter. Ya it's beautiful but I'm not sure what the name of it..  Lol maybe it's better if I go straight to Lee Minho's residence and ask him where the park is? *pedo* jk. I'm not sure about what I have to feel right now~ Excited + Nervous + Worry + Pedo = Speechless but still can update this blog. 
Pathetic still (-,,-) 


Ok enough thanks goodbye. Bye. 

Sep 3, 2011

Smile


I wanna be remembered as a girl who always SMILED.
The one who always BRIGHTEN ur day.
Even if I couldn't brighten MINE.

Aug 28, 2011

VIP


YES.
You're one of those VIP in my life.
But if by ignoring you will make people around you feel good,
I'll ignore u.
Yes, I do.
And I hope u'll ignore me too,
for the sake of ur 'friends'.

Ur understanding would be greatly appreciated :)

Jul 15, 2011

Thunder of My Heart








Name: Park Sang Hyun
Birth: 07.10.1990
Body: 181cm / 65kg
Education: PPCHA
Specialties: Dancing, rapping, singing, English, Tagalog
Interests: Music appreciation, composing and writing lyrics

He's my current addiction!
Thanks to MBLAQ's latest MV, Mona Lisa,
I can see him clearly~ clear than before ~
♥
Please give him more lines in their songs for the next album! ^^

Jul 14, 2011

Review : Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2

This poster was cool! ^^

Assalammulaikum. Dalam bersilat2 kat ICU pg tadi, sempat jugak aku p tengok filem Harry Potter nih. Tapi unfortunately aku cuma sempat tgk lepas 15 minit filem ni start, atas sebab2 yg x dapat dielakkan. Agak nak menangis gak aku tadi, tapi sebab aku rock, aku tahan ja. Ok, merepek. So aku nak cerita sket la pasal filem ni. Cerita banyak pun x pa kan. Blog aku, suka ati aku la. *kena tampaq dgn jiran sbb byk ckp.* Dah2.

For your information, this film is only 2 hours length. Eventhough it is the shortest of all the Harry Potter's film, it's full with adventures and excitement. It started with the trio (Harry, Hermione and Ron)
zipping about, donning disguises and wizarding themselves into ever-more dangerous situations all with the goal of tracking down and destroying the Horcruxes that contain chunks of Lord Voldemort’s dark soul
. With the help of Albus Dumbeldore's brother, Aberforth, and their friend, Neville Longbottom, they able to enter the palace of Hogwarts without any harm from You-Know-Who sides.

I'm quite moved,when actually there were so many of people who stand by Harry's side. They try to keep the palace safe from Voldemort's harm, while Ron and Hermione searching for the Basilisk fangs, (to destroy the Horcruxes) and Harry keep searching for the remain Horcruxes alone. There's some breathtaking part that makes me feel like jump, run myself and sometimes I goes 'Hey run!' 'Faster3!' 'Look behind u!' Ok, I'm overacting. Again (-..-')

There are other scenes worth cheering for their nostalgic appeal: when, at Hogwarts, Harry leaps upon a broomstick and rescues Draco Malfoy from a fire the evil albino has started. Also when the spells for the guards are getting weaker because of the continuous attack from You-Know-Who, all of the giant ogres and giant spiders make a special appearance and attack the defense of Hogwarts. (-..-') 'I am honestly hate that kind of spiders very much!'

Harry Potter continues his journey alone, after he knew that he's actually another half of Voldemort and he have to be kill by Voldermort himself, if he want to destroy Voldemort forever. He given a task to Hermione, to kill the Nagini and also Voldemort, after Harry dies. She knew about what will happen to Harry Potter and promise to do her best.

So, does Voldemort kill Harry Potter? in the end, does Voldemort die? What will happen to Hogwarts? Was Severus Snape really on Voldemort's side? Hahaha. Please, grab ur ticket and watch it urself.
Maybe because I'm so biased towards this series, so I would like to rate it as 10 out of 10!! ^^ But finally I have to say goodbye to my 10-years-addiction. Tsk2. Goodbye Harry Potter~~ We grown up together and you will always be in my mind. *with my Optimus Prime xD

P/s : Grammar terabuq. Sorry. I'm typing with my half-opened-eyes. I'm so sleepy so I'll recheck my post after this. If there's any mistake, I'm sorry. Maybe it came from my own imagination~ xD Once again, this movie is fabulous~! Go and watch it at the nearest cinema ok?? I gonna miss this series after this. (T.T) Ok then, good night~! Assalam.

Jul 13, 2011

Renovation

Aku konon2 ada insomnia tapi versi 'mengada-ngada'

JENG JENG JENG~!!

Hoyea~~! Aku berjaya merenovatekan blog aku sampai pkol 5 pagi. Padahal x jadi apa pun. Apa2 pun tahniah kepada diri sendiri sebab berusaha bersungguh-sungguh walaupun pukul 3 pagi tadi aku dengaq macam2 bunyi n pelbagai imaginasi2 'nakal' muncul dalam palaotak aku (-..-) Kesian mata aku da nek juling dok mngadap benda kotak bercahaya nih. Okeh, terus subuh lepas tu aku nak sleeping beauty ~~ Haahaha!

P/s : Usaha tangga kejayaan. Tapi kalau ada lif, naik lif ja.

Jul 12, 2011

Oh My Weakness

OMG!! Ensemnya Optimus Prime ku bila dia cakap camni~!! xD


EH, APA NI?
Oh, blog aku rupanya. Ok. Sat nak gotong royong sat. Lama x singgah. Haha.
Camtu la kan, bila x dak kawan, baru la terhegeh2 nak cari blog sendiri. Sorry. |(-..-)|
*mukadimah mcm kalau-x-dak-lagi-bagus punya style*


NAK RENOVATE BLOG

*******************************************************************************************

P/s : The more silent u are, the more cool u'll be. (^^,)v

May 29, 2011

Responsibility VS Suju M



VS



Assalammualaikum.
Semalam da abes Sambutan Hari Sejuta Belia kat Putrajaya. Ada yang p tak? Aku ingatkan ramai yang nak boikot sebab aku dengar jugak suara2 sumbang yang pandai cakap ja lebih tu kan. Tengok2, memang beribu2 kot yang berkumpul kat sana. Yup, aku mengaku motif utama aku p, sbb Suju M. Tapi bila aku ingat balik pasal kejadian2 malam tu, memang banyakk sangat pengajaran n pengalaman baru yang aku dapat. ^^

Kami sampai kat Putrajaya dalam pukul 1.00 petang kot. Lepas lunch apa semua, kami pun start la menjelajah booth2 yang ada. Memang banyak sangat aktiviti sampai aku pun pening tengok. Hoho. Target utama kami, tentula mainstage untuk performance malam tu. Sampai ja kat situ, dah penuh dah ELF kat depan n tepi stage. 'Ah, kami lambat'. So target kami untuk dapatkan tempat betul2 depan stage, x kesampaian. *Huhu

Tapi tempat kami x ada la belakang sangat. Boleh dikategorikan sebagai depan stage jugak la. Ada dua orang depan aku. Cuaca yang sekejap panas terik, sekejap hujan renyai buat aku jadi pening lalat. Emcee dah announced yang Suju M akan datang dalam pukul 5.30 petang untuk rehearsal. Semangat la dak2 ni jerit kan. Aku tengok jam. 3.30. Orang da semakin ramai belakang aku. Aku tengok jam lagi. 4.15. Nafas aku dah macam apa ja. Ter-jingkit2 aku sebab cari oksigen. Mata aku da jadi kelam. Telinga aku pun jadi bengang. Terus aku duduk kat situ. Bersilat la kwn2 aku kipas aku. Pastu aku bgn balik. N aku rasa mcm dah x boleh bernyawa. So, aku give up. 'Goodbye Suju M. Aku x leh tgk hampa dekat2 dah mcm seblum2 ni' tsk2.

Baru aku sedar betapa tuanya aku ni. Aku cakap kat kwn2 aku yang aku nak keluar dr crowd. Tgk2 kwn-merangkap-tunang aku pun nak ikut. So mnyelit2 la kami keluar dari tempat tu. Sampai ja kat tempat lapang, baru aku rasa boleh bnafas. Lepas beli air mineral n rasa normal, aku dengar dak2 ni jerit. Aku x leh duduk ja. Kena cari gak kat mana puncanya. Skodeng punya skodeng, aku sampai kat tepi backstage. Nah, depan mata aku si Henry lalu. Tkejut aku. Terus aku lambai2 tgn kat kwn aku n kami pun stay ja kat situ. Luckily x ramai org langsung. X sampai sepuluh orang pun. Kat situ la aku berjaya face to face dengan Kyuhyun, Eunhyuk, Sungmin, Henry, Ryeowook n Zhoumi, dalam jarak yang x sampai 7 meter. ^^ *Cik Kuda n Cik Yat sila jangan jeles~~

Ok bosan kot. Apa yg bes sgt dgn Suju M tu kan. *bes ok??? kalau x suka, diam* So mlm tu, knsert start dlm pukul 8 malam. N Suju M pukul 10 mlm. Wat de heck?? 10 mlm?? X lambat pun la kan ~.~ So aku n kwn aku awal2 lagi dah dok depan skrin besar yg disediakan sbb da give up dengan kehidupan depan pentas. Ahha. Cuma perasaan dia lain la, tgk kat skrin sama ja mcm tgk kat youtube ~.~ *huk2.

Dalam 5 minit lagi nak mula konsert Suju M tu, tiba2 ada bunyi bising dari belakang kami. Tengok2 ada sorang budak kena sawan tarik. Aku pandang depan balik. Aku tgk skrin, n dgr org bising2 lagi kat belakang. Serius, aku serba salah. Nak tlg ka x? Nnt Suju keluaq cmna? Cmna kalau x sempat tgk Suju? Tp cmna kalau jd apa2 kat dak tu? Finally aku n kwn aku bgn n tlg mana yg mampu. Seriusli, mulut budak tu da jd warna biru. Aku try pegang dada dia, still ada heartbeat, cuma nafas dia ja jadi perlahan sangat, n mata dia terbukak tapi x ada respons. Allah ja yg tau betapa ketaqnya aku time tu. Salah depa, lambat sgt panggil ambulans. Sampai sorang akak yg btugas ni pun da jd panik. Alhamdulillah ambulans sampai jugak akhirnya. Lepas dah transfer dak tu ke dlm ambulans, dak tu da sedar n cari mak dia. Fuh.. lega.

Aku duduk balik kat tempat aku. Mata aku da berair. Baru ja aku nak feeling n sedar tentang besarnya tanggungjawab seorg nurse, Suju M muncul atas pentas. ~.~ Terus kami jadi teruja, huhu.Salah timing la tu. Sebab khusyuk sangat merakam n menyorak, kami x sedar pun ada lagi sorang dak kena sawan tarik. Kami perasan time depa nak wak msuk dak tu dlm ambulans. Terus aku terfikir. Apa la motif mak ayah nak bawak anak2 kat tempat yang panas, crowded sgt2 n knfem la bising dgn dentuman muzik. Cmna la anak tu x terkejut. Ada yang rilek ja dok usung2 baby tepi speaker. Tanpa rasa bersalah. Adoi.

Disebabkan aku da biasa jadi teruja, so aku pun men sorak ja la kat Suju M. Seriusli, aku sorang ja ~.~ Adik2 yg kat depan dok usha aku pelik dah. Ada sorang adik ni, setiap kali aku sorak, mesti dia tgk aku..dgn.. muka.. x .. puas.. ati.. trus aku cakap 'Sori dik, akak da lama x jumpa artis Korea.' Wuhuhu. Sampai ati depa pandang serong kat aku T.T

Ok da abes dah. Kami overnight kat situ. P mkn char kuey teow, p tgk MU vs Barca. Ok tipu. Itu bosan. Hehe. Bla4 dlm pukul 10.30 pagi esok tu kami bertolak balik umah. Penat tapi bes. Bes. Dan bes. Semua ttidoq dlm bas, n nasib bek K.Wa gerak aku time da sampai umah. Aku singgah ATM sat untuk topup sbb kedit da ekspayed. Aku jalan masuk Summit dgn muka mamai. Tekan punya tekan, dengan konfiden n mnguap, aku ambik slip. Slow2 jalan keluaq Summit smbil topup enset aku. Pas ok, aku dpt mesej 'Baki kredit anda RM 54.30 bla3' Wat????!! How can jadi RM50 lebih?? Aku bukak balik slip topup tadi, aku tgk jumlah topup dia. RM50. (T.T) *angin menderu2* Nila kali pertama n terakhir aku beli topup smpai mcm ni. Ini adalah sgt membazir bg org yg x dak bf mcm aku. Sgt3333 membazir~~~~ Tolongg~~~

Pengajaran yg aku dapat untuk dua hari ni ialah ;

1) Jangan bawak anak kecik ke konsert. Sebab boleh jadi sawan sebab kurang oksigen n potensi untuk gegendang telinga pecah adalah sgt tinggi. *aku rasa la, sbb mmg muzik dia kuat sgt*

2) Sebagai student nurse, pastikan anda study betul2, praktikkan betul2 and x tido dalam kelas sbb bila bhadapan dgn situasi kecemasan, anda dapat selamatkan mangsa yang terlibat dgn yakin n dapat selamatkan mangsa. Perasaan dapat selamatkan mangsa dalam situasi kecemasan, sukar digambarkan :)


3) Kalau plan nak overnight kat luar, pastikan anda plan betul2 kalau x mau rasa tidur anda diganggu. Ehm.


4) JANGAN gedik nak p ATM time mengantuk, sebab kalau ada apa2 kesilapan yg berlaku, boleh menyebabkan anda sakit hati dgn sgt teruk sekali.
Terima kasih :)

P/s : Aku dengaq ada artis Malaysia yg x puas ati dgn pihak pengurusan sebab lebihkan artis Korea. Err.. err.. X mau komen la. Aku sayang Malaysia + artis Korea = ok aku diam.

May 15, 2011

Apakah~


Assalammualaikum.

Hari ni, 15 Mei 2011, aku, Nur Liyana bt Mohd Yunus, berpangkat senior sem 5 kat kolej, pelajar tahun ke 3, telah pitam didepan pesakit, doktor, dan staf nurse waktu assist doktor wat prosedur petang tadi. Patut x benda ni berlaku? X patut. Aku rasa malu gila. Taun depan dah nak jd staf nurse, tgk prosedur yg minor tu pun smpai nk pengsan? Tu belum kira perlian2 dari staf nurse lagi. Lepas da ok, aku masuk bilik pt tu utk cek HGT. Terus relative pt tu tanya aku, 'U dah sem berapa? Sampai pitam mcm tu?' Fuh. Berdesing telinga aku. Malu kot. Tapi bknnya aku mintak jd mcm tu. Sebolehnya aku bertahan walaupun mata aku da x nampak apa2. Gelap ja. Muka aku pun jadi kebas. Maybe depa lupa kot yg nurse pun leh sakit? Huhu. Camna pun aku rasa susah nak terima.. Muka ganas camni leh pitam sebab tgk doktor toreh kulit pt dgn blade. Malu weh! Pasni kena selalu tgk cerita bdarah2 la nmpknya. >.<

P/S : Ekceli aku x takut pun tgk darah. Cuma mungkin td kebetulan oksigen x cukup kot dalam bilik pt tu. Seriusli. Ehm. Aku x seponen tu.. Huhu. Atau mungkin penyakit mengantuk tahap kritikal aku dah dtg mnyerang. Oh, ok, kemungkinan besaq sbb tu. ~.~

May 14, 2011

Mulut Lelaki


and shut up.

Assalammualaikum.
Pintu blog aku ni dah berkarat dah sebab berzaman x dijenguk. Huhu. X pa nnt aku pggil abg mentenens tlg repair. No biggies. Heh. Ok, back to the topic, mulut lelaki. Ini seriusli x berkaitan dgn fizikal mulut lelaki, sama ada dihiasi misai atau janggut, warna mulut yg menarik atau x, atau dr segi dalaman, juga x berkaitan dengan warna gigi atau jumlah gigi original seseorg lelaki itu. Tidak sama sekali.
' Girls fall in love in what they hear. Boys fall in love in what they see. Thats why girls wear make up and boys LIE '
Ini berkaitan dengan state of conciousness seseorg itu, n yg aku maksudkan di sini adalah lelaki. Ya la, sbb aku perempuan. Aku ulang, aku perempuan ok. Ni bukan kutuk tau, cuma persoalan ja. And tajuk post ni jugak, bkn dr mulut aku sendiri, tp dr mulut lelaki sendiri, iaitu abang aku. Sebab betapa dia nak membuktikan yg aku ni mudah terpengaruh dgn kata2 lelaki kot.

Ok, ada seorang lelaki ni, aku pernah 'ter'kapel dgn dia satu masa dulu. And disebabkan aku mmg x ada hati kat dia, n niat aku cuma 'cuba try test' ja, aku mintak putus. Dan pemergian aku diiringi dgn 'hadiah' caci maki yg setgh pkataan tu aku x pnah dgr seumur hidup aku. Bertahun2 aku kenal dia, baru aku tau yg dia ni panas baran rupanya. Ya la, lepas da jd mcm tu baru la nampak belang sebenarnya kan. Hey pasangan berkapel, x penat ka berlakon weh? ;)

Lepas tu ada byk jugakla kenangan2 pahit yg aku lalui dsebabkan dia. Awal tahun ni, terjumpa dgn dia. N aku sriusli x selesa langsung bila nmpak dia. Lepas tu, dia msj aku byk kali, walaupun aku x pnah balas. Ayat2 dia, fuh.. Sikit pun aku x tpengaruh. Dah terbentang2 yg dia dah ada awek, mcm mana la dia sanggup msj aku mcm tu? X malu langsung. Cukup la sekali awek dia cari aku n tya pasal hubungan kami. Sekius me, 'hubungan'? Apakah? Kawan pun, sikit2 ja kot. N honestly aku x bminat langsung dgn dia, so, utk awek dia, jgn risau :) Tgk pic2 hampa dua yg amat mesra tu buat aku terfikir, dis guy is totally a piece of sh*t.

Baru2 ni kebetulan dia masuk hospital n mnjalani satu major operation. So dia ada contact aku utk mrujuk tentang beberapa persoalan. Sebagai nurse yg profesional *oh sgt x ikhlas* aku cuba tlg dia mna yg aku mampu. Tiba2 si dia ubah topik. Tanya tentang status aku, bf aku, hidup aku, yg mana dpt difikir dgn logik akal, bahawa semua tu x berkaitan langsung dgn pembedahan dia. Kalau aku ada bf sekarang, mungkin doktor tu akan cucuk jantung dia dengan forcep? Or kalau aku cakap aku tgh demam, mungkin pembedahan tu akan tertangguh selama 5 tahun? Nonsense. Aku paling meluat bila lelaki ubah topik n cakap benda yg x ada kaitan dgn topik itu. Kecuali seseorg tu. Dan org tu jugak. Ok.

Aku dgn semangat harimau tya dia balik. ' Awek hang yg syg hg sgt2 tu mana? Kecik ati dia klu tau hg ckp mcm tu dgn aku.' Dia cakap awek dia da p kat lelaki lain, awek dia da x syg dia, awek dia da tinggalkan dia, bla3. Konklusi aku, dia igt aku ni rumah pengasih kot, utk org2 yg krg kasih syg? Mula2 aku mcm nk terpengaruh dgn ayat2 dia tu. Syaitan la tu punya kerja. Nasib baik aku rajin p bukak wall dia, nah. Awek dia da pos siap2 'Semoga cepat sembuh' Hello. Aku dah ckp yg aku ni perempuan. N klu aku tinggalkan ex aku sbb lelaki lain, I'm not stupid enaf to post that kind of wish to my ex wall. Kalau aku wish pun, kat fon ja. Tu pun klu hati aku baik sgt.

Walaupun wish awek dia tu simple n short, aku leh nampak betapa caring nya awek dia tu kat dia. N yg lg bes, pic2 depa bmesraan pun still ada kat album pmpuan tu. X logik langsung kalau betul2 pmpuan tu dah ada laki lain. Seriusli laki ni nk kena pnampaq sulung aku. Tipu aku hidup2. Tipu awek dia lagi. Sanggup dia wat mcm tu kat awek dia sendiri? Betapa aku kesian kat awek dia, tapi aku dah x mau terlibat apa2 so cara terbaik utk aku skrg adalah dgn mendiamkan diri. Lantak hampa la. Malas aku.

Hari tu dia bgtau operation da selamat. Alhamdulillah. Sakit ati cmna pun, x dak la sampai aku nk harap operation dia failed kan. Aku x reply apa2 pun. Dia bgtau pulak wad dia kat hospital tu. Hospital tu sgt2 dekat dgn tempat aku, n jujur aku pernah terdetik nak p melawat dia seblum ni. Tapi aku da dpt tentangan keras dari tunang aku, n abang aku sendiri. So aku masih x reply apa2 kat dia. Biaq ja dia ternganga kat hospital tu.

Aku rasa dia x patut rasa mengharap, or kecewa sgt dgn aku yg aku sendiri rasa kejam ni. Sebab dia patut muhasabah diri dia sendiri. Tolong la. Bukan aku nak suruh dia pilih awek dia atau aku. Aku x pernah bg dia peluang untuk pilihan tu. X pernah langsung. So kenapa dia wat mcm tu? Salah aku ka? Mcm abg aku ckp, salah aku sbb bg dia peluang bmsj2 dgn aku, yg mna akan bg efek 'syok' kat laki tu. Tp bkn niat aku mcm tu pun. Aku cuma tlg dia ja. Demm aku rasa bsalah sgt2 kat awek dia skrg, tp org 1st yg patut kena penampaq adalah laki tu sndiri.

Lessons learned. Persoalan aku skrg ni, kenapa laki wat mcm tu? Menipu sana sini, cuba raih simpati, n plg teruk, menipu tentang org yg syg kan depa sgt2 semata2 nak perhatian dr prempuan lain. N aku dgn bodohnya terlibat dlm pmainan ni. Mcm mana la aku x bkenan kat laki korea, kalau mcm ni la perangai lelaki kat msia ni? *alasan* Mak, sila restui hubungan anakmu ini dengan Kim Hyun Jung , pleasee~~~

P/S : Weh, kalau hg baca pos ni, jangan contact aku dah k. Aku dah x mau tpedaya lg dgn hg. Hensem mana pun hg, sweet *pfft* mana pun hg, aku x kan pcaya dah. Ada sapa2 nk tlg tampaq dia?

Apr 24, 2011

Eh, maaf.

Assalammualaikum.

Kali ni aku nak wat luahan perasaan sat.
Kalau mengantuk, jangan baca.
Amaran la konon2.
Eheh.


Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.

Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.



Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"


Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.


Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!


Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai: "Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"


Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.



Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku sering terkeliru didalam persimpangan perjalanan ku...
***

Hurm.
Omputih cakap
'sorry seems to be the hardest word'
tapi aku nak ikut cakap Fauziah Latiff la.
'Kemaafan dendam yang terindah'
:)
*Tapi pasni klu ada yg cari pasai lg mst aku nak mngungkit lagi.
Haih.

P/S : Dok umah bes weh. Lagi bes dari bsiar2 kat Sunway Pyramid. Lagi bes dari p i-City. N dah tentunya lagi bes dari p kolej aku tu. Baru la aku faham awat depa sebut 'rumahku syurgaku' Hoho. Saiz tulisan pening lagi. Yg ni aku meluatt.

Apr 16, 2011

Special

Suka suasana ni.

Assalammualaikum.
Hari ni aku n separuh dak kelas aku pergi melawat rumah manusia2 yg istimewa or nama pendek, OKU. 1st tu aku igtkan semua kanak2 ja, rupa2nya mmg ramai jugak yg bkn kanak2 kat situ. Ok, no hal la. Janji dapat pengalaman. Penyakit utama yg ada kat penghuni rumah kebajikan tu adalah penyakit cerebral palsy. Penyakit ni bkaitan dgn ketidakupayaan menggerakkan anggota badan atas sebab2 bkaitan dgn saraf. Nak tau lebih lanjut, klik sini.

Hari ni hujan memang dari pg lagi, so keadaan waktu smpai kat rumah tu memang agak kelam kabut sikit. Tapi disebabkan kami semua ni jnis sempoi, x dak hal la. Eheh. Lepas da bukak kasut semua, kami dgr taklimat dari Ms Thilaga, tentang peraturan n pasal beberapa pesakit yg x leh tgkap gmbar n bla3. So pas beberapa minit, kami pun masuk la n mula bkenal2an dgn adik2 kat situ.

Aku terus p dekat seorg student Mahsa yg tgh wat fisio kat seorg adik ni. Adik ni jugak slh seorg pesakit cerebral palsy yg aku ckp td. Aku cuba wat comel n lambai tgn kat dia. "Hai adik.. ^^" n aku x sgka dgn susah payah adik tu cuba senyum n lambai kat aku balik. Muka aku da panas dah, dada aku jadi sebak sgt2. Terus aku duduk seblah dia n cuba berbual2 tapi dia cuma tgk aku smbil tkebil2 ja. Ok fine. Naluri kejiwangan aku da tserlah, so aku cepat2 p bahagian lain.

Physiotherapy

Masuk ja kat satu ruang ni, aku tgk budak ni kecik sgt2. Tp umur dia dah 14 tahun. Dan dia juga menderita cerebral palsy. Tak leh jadi ni. Air mata aku nak keluar lagi. So aku cuba sibukkan diri kat tempat yg ramai orang. Ha.. kat luar rumah ni, ada seorg pakcik ni tgh nyanyi2 lagu. Mcm2 lagu dia nyanyi. Kwn2 aku semua bsorak bagai.. Haha. Memang meriah la time tu. Ada yang tlg adik2 tu main Lego, ada yg berbual2, ada yg tlg fisio. Mcm2 la.

main lego mengalahkan adik2 tu


pakcik yg suka menyanyi ^^

Aku cuba perhatikan sekeliling. Salah satu benda pelik yang aku perasan, err.. X pa la, mcm mengaibkan pulak. Cuma konklusi yang aku leh buat, mungkin sebab ketidakstabilan mental yg mmbuatkan mereka jadi mcm tu. Tgh2 aku sibuk tangkap2 gmbar dgn enset2 kwn2 aku, n DSLR kwn aku gak, tiba2 ada sorang adik ni (or akak) tarik aku, paksa aku ikut dia. Aku n Erin ikut la, rupanya dia nk tunjuk tarian Nobody.. =.='
Dia ada down syndrome, n yg menariknya, dia boleh menari lagu ni dari awal sampai habis. Waa. Aku bangga dengan dia, yg mampu belajar smpai mcm tu. :)

Ada seorg lagi pesakit kat situ, aku x sure dia sakit apa. Mungkin depression kot? Sebab, dia suka tarik org, n tiba2 menangis. Huhu. Nasib baik aku x kena tarik, kalau x dgn aku2 skali menangis sbb takut =.=' X baik kan aku ni, tp.. aku x brani.. huhu. Kwn aku yg yakin boleh ni, sapa lagi klu bukan cik Erin, adalah satu2nya org yg boleh buat psakit ni ketawa td. Yang aku x tahan, lepas ketawa mengekek-ngekek, dia pandang mata Erin, pastu terus sambung menangis.. Ohuhu. Nasib hg la Erin, ^^'

Erin n pt yg depression tu

^^

Kami ada kat sana dari pukul 10 pagi smpai 12 tgahari. Punyala sibuk layan kerenah adik2 tu, aku x sedar masa berlalu. Sebab aku tgh ceria time tu, aku ok ja. So adik2 tu bersalam dgn kami.. Sampai la aku nak keluar, aku terjumpa balik adik yg aku jumpa mula2 td. Ok, sebak balik. Aku salam tgn dia, aku senyum kat dia n dia balas. Aku da kerut muka sbb sedih. Dia cuma baring ja kat situ, x leh wat apa2. Uhuhu. Rasa insaf sangat2.

Buat kawan2 semua, skali lg aku nak cakap, bersyukur n hargailah dengan apa yg kita ada sekarang. Tak kisah laa dari segi keluarga, rakan2 mahupun harta bnda. Sebab jgn lupa, dlm sekelip mata ja semua tu boleh hilang saat kita sdg terleka. Peritnya perasaan tu, aku pernah lalui. Aku dah pernah cerita semua tu kat sini. Tangisan kekesalan nnt dah x dpt membawa apa2 makna. As-salam.

Apr 12, 2011

Suka Tak?


Assalammualaikum.
Indah sungguh pagi ni~
*da tengahari dah pun. ^^'

Ok, str8 to the point, dont belok2.
Hampa suka tgk drama x?
TV show ka,
err.. filem ka?
Apa lg ha?
Apa2 ja la.

Aku, kdg2 x suka sgt drama2 ni.
Tambah2 yg dok tayang kat TV,
sbb aku x suka nk kna blari2 anak bila smpai wktu drama tu start.
N drama tu jugak membuatkan aku rasa x mau mlepaskan remote TV,
apatah lg mninggalkan TV tu utk org lain.
Nk kluaq date dgn tunang pun rasa bsalah.
Uhuh.
Satu lg, klu Kdrama yg baru release kat Korea.
Aku leh tgk kat Mysoju.
Tapi, aku x suka tggu loading lama2 sbb brukben yg aku bela ni sensitif sket.
Dok layan video on9 lama2, pastu mula la nk merap.
Nk buka FB pun sampai 5 jam loading.
Pfft.
Nak tukaq profile pic n status 8 kali sehari pun susah. Eheh.
Aku x suka camtu.
Aku igt lg awal taun ni -

Kwn aku : Liyana!!! Da tgk x crita *'congceng'??? Bla33 *cerita pnuh eksaited
Aku : Kat TV ka, kat Mysoju?
Kwn aku : Kat Mysoju. X tayang lg kat Malaysia. Tgk la weh. Ensem gilos hero dia.
Aku : Nanti la aku beli DVD dia. Malas nk tggu dpn laptop. Hg tgk la. Tlg jaga hero ensem tu leklok k. (tnpa rasa bsalah)

*congceng - mna2 tajuk kdrama

Camtu la lbeh kurang dialog kami.
Bosan kot.
Aku mmg eksen n blagak sgguh x mau tgk drama2 tu.

Tapi pas beberapa zaman tgk jugak.
Tu pun thegeh2 wat muka sedih kat jiran seblah,
huluq pendrive, n ckp 'nk copy drama 'congceng' leh x?
Pas dua tiga hari da abes tgk, stat dah mlompat2,
mcm kena euphoria.
Senyum srg2.
Time tu prasaan nk boyfren mula la menapak dlm hati.
Time tu jugak la imaginasi akan berada pada tahap tertinggi.
Mengigau jadi heroin la,
mimpi kawin dgn hero korea tu la.
Pfft.
Anak sapa la ni.
Pastu status kat FB mula la mngarut2.
Konon jiwa kacau x dak dah la kan.
Menyampah sgguh aku dibuatnya. *tgn ke bahu, mata tertidoq

Tu la sbb aku mls nk tgk Kdrama ni.
Efek dia sgt2 melampau.
Mengganggu emosi remaja suci mcm kami ni.
Eheh.
Tapi sbb skali skala kna gak tgk muka boyfren2 aku kat korea nu,
aku tgk jugak la. Hohoh.

Ok, aku x suka sgt download2 video drama/TV show ni.
Filem? Balik ambik kat abg aku ja. Ohoh.
Tp jgn igt aku tgk Kdrama ja..
Aku x sejiwang itu ok~~~ *ceyh
Klu omputih pya series,
aku suka Chuck, Scrubs, Merlin,
n sitcom2 yg slalu tayang kat StarWorld nu.
Ok, kat TV kan.
So mmg aku slalu 'ter'miss la episod yg bes2.
Cmna pun aku balik ambik kat abg aku gak. Hoho.
*trimas abg!

So, abg aku slalu dwnload smua2 tu kat HeavenOfDesires ni.
Mcm2 jnis drama la ada. Korea, Jepun, Omputih, apatah lg Malay punya series.
Klu yg rajin download la.
Klu yg jnis mls dwnload byk2 mcm aku,
ni step2 dia.

1st step, posa.
Kumpui duit.
Pas da rasa ada duit juta2,
p la Speedy ka mna2 dvd store ka,
ambik kotak drama dvd yg korang suka,
p kat kaunter,
bayaq.
Tu klu yg jenis tabah n bsemangat waja la.
Klu rasa kulit muka tu tebai mcm aku, ni cara dia.
Prektis wat muka sedih/comel depan cermin dulu.
Pas dah yakin,
*pastikan jerawat/jeragat anda terlindung*
huluq pendrive kat abg anda,
(abang kandung ok, abg palsu aku x jamin)
atau jiran2 anda yg rajin mndownload tu,
n mntak tlg copy folder drama2 yg anda suka tu.
Balik umah, on laptop, bncuh nescafe,
layann~~ ^^
*Tapi risiko utk kena pnampaq n sekehan padu instead of drama2 tu adalah sgt tinggi.
Klu x bjaya, jgn salahkan aku. ~~ lalala

P/s : Aku x brani nk cadangkan mana2 drama yg bes kat korang, sbb nnti korg akan kata 'ceyh pmpuan ni, tgk drama korea yg hero ensem/jambu ja.' Jadi korg tgk n cari la sndiri klu rasa nk tgk. Da besaq dah kan.. x kan yg tu pun nk kna ajaq? Tp kan.. nk habaq gak la. Drama korea yg paling aku suka, Snow Queen ^^ Cerita ini sgt x jiwang ok. N bg mana2 jejaka Malaya yg jeles dgn kehenseman Hyun Bin or penah gaduh dgn awek or org kg anda sbb dey all lg suka mamat ni dari u'ols, jgn risau. Sbb dia x ensem sgt dlm drama ni. Serius. *Tapi cmna pun lg ensem la dr u all kan. Eheh. Ska ati la~ Selamat menonton! ^^

Apr 10, 2011

That Woman



A woman loves you.
The woman loves you with all her heart.
She follows you around like a shadow every day.
She's laughing but is actually crying.

How much longer
Do I have to look at you alone like this?
This meaningless love
This miserable love
Must I continue for you to love me?

Come closer, a bit more
When I take a step closer,
you runaway with both feet

I, the one who loves you,
I'm beside you.
That woman is crying.

That woman is very shy
So she learnt how to smile
Her heart is so full of tear,
She can't even share her story with
her best friend

So, that woman said that she loved you
Cause you're still the same
Yet another fool
Just another fool
Won't you hug me once before you go?

I want to be loved, my dear.
Everyday in my heart,
always in my heart
I shout out loud
that woman is still beside you even today.

Do you know that woman is me?
Don't tell me you know but still doing this to me.
But you won't know because my dear,
you're just a fool.

How much longer
Do I have to gaze at you alone like this?
This foolish love
This miserable love
Must I continue for you to love me?

Come closer, a bit more
When I take a step closer,
you runaway with both feet

That woman who loves you
Even now, she still by your side

and she still crying.

***

Assalammualaikum.
Wah.. dlm 2-3 minggu ni aku layan Kdrama ja.
Eheh.
Lama dah aku tinggal xtvt aku ni.
Drama yg aku baru abes tgk, Secret Garden.
Lambat kan aku? Huhu
Org da habes feeling, aku lak baru thegeh2.
Ok fine ^^'
Aku bg 4 bintang la out of 5 bintang.
Sebab Hyun Bin berlakon. HEHE.
Ok auta ja tu. Aku x suka sgt Hyun Bin tu.
Sebab cerita ni wat aku mnangis + feeling teruk sgt.
Haha.
Dekat seminggu aku berkabung.
Haih.

Lagu2 dlm OST dia plak mmg terbaik lah!
Lagu kat atas ni yg aku paling suka. Hoho.
X sangka plak aku Baek Ji Young yang nyanyi lagu ni.
Sbb slalunya aku dgq lagu dia mcm ganas ja, huhu.
Skrg dlm playlist aku mmg lagu2 dlm drama ni la.
*tmasuk U-Kiss - 0330 n CN Blue - Love Girl
Ah-ha.

Aku bukan nk bjiwang, tp kan..
Tapi kan.....
Lirik dia mendalam la. Huhu.
Mmg tertembak kat kpala aku sndiri.
Pcintaan syok sendiri yg mnyedihkan. Huhu.
Awat la hang kejam sgt dgn aku?
Berapa lama lg hg nak wat aku cmni?
Haih.
Sekarang aku cuma nk mntak tlg satu ja,
satu ni ja.
Tlg rendahkan kepala hg sbb aku nk sekeh laju2.
Sekali pun jadi la.
Boleh x?
Tyvm.

'Do u want to look at me,
or do you want to eat with me?
Do u want to eat with me,
or do u want to go out with me?
Do u want to go out with me,
or do you want to live with me?
Do u want to live with me,
or do u want to die with me?'

Mar 6, 2011

Shy2 Seriously Shy!


Assalammualaikum.
Selamat pagi!~ ^^
Dah sarapan ka blum?
Kalau belum, jgn harap aku nk belanja!
Ok2 lwk kasaq ja ^^

Ha, berbalik kpd topik,
malu.
Apa yang dimaksudkan dgn malu?
Mengikut Google Translate,
malu ialah shame dlm bahasa inggeris.
*bkn shy ka?
Mungkin omputih pun mcm Malaysia kot.
Blah Johor panggil malu.
Blah utara panggil segan.
* penyegan pun ada tp tu bmaksud pemalas n x dak kaitan dgn malu nak wat kerja or sumting yg mmbuatkan anda segan. Sbb mmg maksudnya, pemalas. No excuse.

Kalau ikut bahasa melayu,
ada satu peribahasa (peribahasa ka?)
yg berbunyi 'malu2 kucing'.
Ia bermaksud mcm, malu2 tp mahu la.
Pernah x alami situasi mcm ni?
Ok, aku bg contoh.
Situasi ni baru ja berlalu.
Berikut adalah perbualan antara Pakcik GP ( goreng pisang ) dgn tunang aku,
Miss Bieber.

Petang tu, aku n Miss Bieber men tarik2 beg smbil jln nak balik hostel. Tiba2

Pakcik GP : Jangan gaduh2. X elok. Nah ambik goreng pisang ni.
(sambil hulur kat Miss Bieber seblah dia)
Miss Bieber : Err.. errr.. ( tp tgn semakin rapat ke plastik tu)
Pakcik GP : Apa err err? Nah ambik ja.
( terus bg kat tgn Miss Bieber )
Miss Bieber : Err tq2. Huhu~

Ok. Faham x?
Tu la, silap aku x rakam time tu.
* Abesla aku kena belasah dgn beliau nnt >.<
1st tu dia mcm nk tolak, tp tgn makin ke depan utk ambik objek tu.
So tu adalah salah satu dr kes malu2 kucing.
Tp aku pnah dengaq jugak pasal malu2 biawak, malu2 cipan.
Huh dasat. Malu jenis ni lagi berkualiti kot.
Oh, aku pun x tau. Hoho.

Kalau dalam Islam, malu tu adalah sebahagian dari iman.
Malu nak mencarut, malu nak pakai seksi meksi, malu nak buat yg bukan2
dgn bf/gf, malu nak burukkan orang lain, malu nak banggakan diri sendiri, etc2.
Yang aku tau, kalau ada perasaan malu tu,
sekaligus boleh menjaga hati seseorang tu dari terlibat dgn benda yang bkn2.
Dalam masa yang sama akan menjadi 'amar ma'ruf nahi mungkar'.
InsyaAllah.

Ok, aku bkn ustazah. X layak pun nk dapat title tu.
Cuma aku rasa terpanggil utk tulis bnda ni,
lepas beberapa situasi yang aku tgk depan mata aku sendiri.
Yang mana bila ada orang yang terkena kejutan budaya.
Yang terus lupa kat ibu bapa.
Fuh, sedih o.
Dulu bagus bertudung litup, skrg pun sama.
Cuma waktu malam ja semua dah melayang.
Tinggal short dgn singlet ja, pastu keluaq p bgembira.
Setiap malam Jumaat, keluaq p clubbing.
X fikir ka? Kalau kelab tu tiba2 runtuh ka, x ka mati katak ja?
Berapa byk risiko nk minum arak, berzina yg ada kat dalam tu?

Sorry to say,
walaupun aku ni jenis yang suka bergembira jugak tp aku
still igt batas2 yg ada.
Mak aku pernah tanya aku pernah ka p kelab malam.
Ok, aku sgt terkejut sekali.
Never ok.
N aku dah berjanji dgn mak aku yg aku x kan jejakkan kaki kat tempat tu.
Nak cari hiburan, x perlu kot sampai nak gadai malu mcm tu.
Apa yang bes sgt, aku pun x fhm.
Dan yg bes, aku yang tukang tengok ni yang rasa malu.
Malu sgt2.
Walaupun aku ni x la pemalu sgt,
mai aku nak tya hampa, hampa malu x?
Or rasa bangga gila dgn pakaian n perangai mcm tu?
Ok, suka ati hmpa la.
Cuma aku harap kita semua sempat berubah seblum apa2 terjadi,
nnt da mnyesal cmna pun, x bguna jugak. :)

Ok, tu yg aku mls tulis pasal bnda2 serius sbbnya aku akan jadi emosional x hingatt mcm nenek yg dah menapous.
Berbalik kpd topik,
Pfftt. Aku da buat seswatu yg mmg sgt2 memalukann.
Aku x tau cmna nak explain sbb aku mmg rasa bodoh wat bnda tu.
Miss Bieber!!! Tolong aku!!~~
Semua tu salah aku n now it's too late to turn it around~~~
Aku harap, semua akan jadi lebih baik.
N aku akan jadi lebih normal.
Lebih normal daripada biasa. Amin..

P/s : Ok, pic aku utk contest tu mmg sgt loser. Terlalu loser smpai aku rasa nk calarkan kereta jiran aku kat P1. Jadi, sila abaikan ya. Aku rasa nak ckp Indo tiba2. Huhu. X bermotif langsung. Anyway, wish me luck for my exam tomorrow. I'm not preparing yet but I'm on my way. Haha. Yes, i'm a loser. Now totally a loser. ~.~

Mar 4, 2011

Aku Memerlukan Hang

Its time to say gudbye~ T.T

Ufttt.
2 - 3 ari ni hidup aku sgt la x aman..
x tenang..
Nk mkn tringat, nk tidoq tringat,
nak baca majalah Wanita pun aku tringat kat hang.
Aku dah la nk exam Isnin ni.
Ok aku tau ada hikmahnya jd cmni tp aku tetap rasa x adil.
Bila setiap hari aku nampak hang,
setiap hari aku senyum tgk hang,
tapi hang?
X bg apa2 respon yg positif pun.
Aku rasa nak triak hang tau x?
Aku rasa dikhianati.
Bknnya kita baru kenal sehari dua.
Dah bertahun dah pun.
X kan mcm tu ja hg buang smua memori kita?
Aku rasa malu bila setiap kali p klas,
ada ja yg tya pasal kita, pasal hg.
Aku dah x larat nak jwb dah.. ~
T.T

Kalau ikutkan hati aku yg remaja ni (?)
Nak ja aku buang hg trus dr hidup aku,
cmna hg wat kat aku skrg.
Tp aku SERIUSLI x sggup!
Biaq la hg x bg apa2 respon pun kat aku,
aku tetap nk usha hg,
mcm dulu2.
Bila aku sggup berlapaq sbb hg,
sggup tidoq lmbat sbb hg,
kdg2 sggup x tidoq pun.
Punya la aku nk habiskan wktu bsama2 dgn hg.

Hg igt lg x?
Hg slalu nyanyi bila aku sedih,
hg tgkap gmbaq2 aku,
dan hg la tempat aku luahkan perasaan stiap kali aku rasa x bes dgn sapa2.
Mana nk cari pengganti hg?
Yg lg ensem ka, yg lg bersuara merdu ka,
aku x kesah.
Yg aku tau, aku sgt2 memerlukan hg.
Dan tgk keadaan hg skrg, mnyebabkan ati aku skt gila..
Dulu aku ckp susah ati klu ada pmpuan len yg cuba goda hg,
tp x sangka, aku jugak punca yg wat hg jd cmtu..
Cukup la hg wat aku sasau mcm ni,
cukuplah...
Cepat la bgn dan gembirakan aku semula...
Wahai Ncik Laptop ku.~~ T.T

P/s : Oh ya, mood aku sgt la x bes dua tiga hari ni. Mungkin slh satu kesan dr pts cinta kot? Sori kat kwn2 yg da merasa n terasa dgn mood aku yg pasang surut ni. Disebabkan aku kelihatan sgt sasau n x ketahuan kat dlm umah sbb ketiadaan laptop ksayangan n memberi efek negatif kpd keanggunan aku, ada dak2 umah aku yg sggup promot laptop depa untuk mngembalikan keceriaan dan kekiutan (?) aku yg smakin pudar ni. Wuhuhu aku sgt terharu ok. Tp cmna pun aku rasa malu gak.. X kan smpai tiap2 mlm nk pinjam kan. Btw thx a lot my housemates, sokongan anda sgt2 menggembirakan aku. All the bes 4 our exam next week. May God bless all of us. Amin. ^^

Mar 1, 2011

Dear Laptop

Ke hadapan laptop ku tersayang,
Hari ni, aku kehilangan hang, dan kehilangan yg mungkin utk slama2nya.
Tsk2. Aku syg hg weh.. Walaupun aku jarang jaga hg leklok, aku jarang lap screen hg, apatah lagi menformat hg setiap bulan agar x diserang anasir2 jahat bnama virus, tp ketahuilah, bahawa aku sgt2 menyayangi hg, seperti mana aku syg diri aku sndiri...
Laptopku,
Alangkah terkejutnya aku bila bgn tidoq pg td.. melihat hg terlungkup di atas lantai tanpa pembelaan. Sungguh sayu suasana itu. Masa bagaikan terhenti. Jantungku seakan2 mahu pecah melihat keadaan hg. Huwaa.. Trus aku ambik hg n try on... Oh tidak! Mimpi ngeri ku slama ini mnjadi nyata. Hg da gelap x bercahaya.. hanya keluaq bunyi zzzz zzz ja yg membuktikan bahawa hg sedang tenat. Wuhuhuhu. Aku igtkan hg ok ja tidoq kat seblah aku semalam.. x sgka aku p tendang hg smpai kritikal mcm tu.. tsk3. Aku menyesal laptop. Walaupun muka aku main2 tp seriusli aku mnyesal. Hg mst marah gila kat aku kan?
Laptop yg kurindui..
Walaupun x smpai 24 jam pun hg koma, aku dah rindu nk on9 dgn hg. Aku x biasa pakai laptop lain. Biaq la org ckp hg plg buruk n huduh, hg tetap plg comel di hatiku~~ Betapa aku syg kat hg... Huhuk2. Walaupun ada sugededi yg nak sponsor aku laptop baru, aku x mau. Aku nk hg jugak!! Nak hg jugak!! Igt dlm skelip mata ja aku leh curang dgn hg?? No way. Wlupun hg kna masuk ICU lama, aku trima. Akan ku tunggu hg hingga ke akhir nafasku..
Sekian lama kita bersama, x kan sesekali ku cari pengganti. Aku syg hg kot! Semoga hg kembali aktif n bising mcm smlm ok??? Get well soon! Saranghae~~

Yang merinduimu,
Awekmu


Feb 28, 2011

The Story Only I Didn't Know



Sang by IU..
Err, MV yg agak psiko bg aku.
X perlu kot putus cinta sampai jd gila.
X tau la, kalau ada org yg cinta mati tahap ngeng kat kapel dia kan.
Huhu.
Apa2 pun aku rate lagu ni 6/10 kot.
Aku suka lagu IU yg Good Day lagi. ^^
Lagi pun lagu ni pendek sangat la.
Aku baru nak feeling konon2 termenung tepi tingkap,
tgk2 da abes dah. Cis.
Jadi marilah sama2 menghayati lagu Korea yang bes nih! ^^
Oyeah~~
Rock n roll!
*eh lagu jiwang lakz

P/s : credit to gaietyparodyunlisted on YT ^^ thx 4 all ur subbed mvs!

Feb 27, 2011

Ke - Poyo - An

Marilah poyo bersama2!!

Wah,
akhirnya fb merestui nama aku versi melayu dipublishkan kat fb.
Dah lama aku tunggu saat2 ni!!
Ok, tipu ja.
So disebabkan aku da tukaq nama kpd nama dlm IC,
maka lgu blog aku pun dah ditukarkan menjadi bahasa yg difahami ramai.
Kecuali la klu ada org Korea, Arab or Nepal yg usha blog aku (?)
Lagu ni~~~~~
Bes kot, serius.
Aku susah gak la nk bkenan kat lagu Indo2 nih.
Tapi aku stat bkenan smpai mngigau2 lagu ni pas tgk film Ketika Cinta Bertasbih.
Ala, yg Ustaz Azzam n Ustazah Anna tu ^^
Lama jgk la aku terlekat kat crita tu,
sbb abg aku pun p dwonlad lak yg versi drama.
Ohuhu,
time ni la aku btul2 bkenan kat lelaki yg pakai kopiah.
Smpai pakgad mydin pki pun aku jd sejuk ati.
Cis.
Punya la dasat penangan dia sampaikan aku hampir terjebak dgn percintaan dgn warga asing~
Tapi yg versi drama, aku tgk x abes pun.
Sbb makin lama makin meleret2.
X larat la aku.
Bila masa aku nk tukaq pampers psakit aku klu nak layan crita tu ja kan.
Heh.

Aku ni klu bkenan kat satu2 lagu tu, mst aku nak karok lagu tu.
Aritu p Redbox, semangat aku cari lagu ni.
Bajet nak lepas geram la kan.
Pilih punya pilih,
mic da on,
posing da ok.
Stat ja muzik dia, aku da seram sejuk.
Konon menghayati sgt la.
Baru ja aku nk alunkan suara yg iras katak ni,
tiba2 suara Melly memintas suara aku.
Cis, versi MTV rupanya.
Penat aku feeling.
Kcik ati oh.
Bnda pa ntah Redbox ni,
x kan x dak yg minus one punya kot??
Cabuk sungguh la.
So x dpt la aku nk feeling lagu ni aritu.
Sampai skrg x dpt lg.. haih.
X pa, akan aku karok kan jgk lgu ni nnt, ok Miss Bieber?? ;)

P/s : Poyo gila aku dok promot sal bnda2 bosan cmni. Tp x pa la, juz nk inform yg aku ni layan gak sinetron2 nih. Bukan korea ja, ok? ^^ Tapi pasni jgn lak ada org ajak aku join fanclub sinetron2 Indo ni. Sket2 sudah..